Entry: Friday, May 15, 2009



B17

 

Seminggu Rossa menerima bunga dari pengirim yang tidak dinyatakan nama tapi bunga rose tetap warna biru. Pak Mat juga tidak mengirimnya bunga setiap pagi lagi selepas bunga dilanggar kereta.

 

Setiap pagi Rossa bagaikan ternanti-nanti bunga rose dari pengirim mesteri. Bibirnya tersenyum mesra bunga hari ini lebih besar dari hari biasa.

 

‘siapalah begitu setia menghantar bunga untuk aku ini’ Rossa tersenyum sambil hati berbisik.

 

‘bertuah kau rossa keran ada peminat setia’ kata hati Bibah yang memerhati Rossa masuk ke dalam kelas dan terus menulu ke bunga rose diatas meja.

 

‘tak ada peluanglah kau ali’ kata hati Aidil pula. ‘kau tetap milik ku’ hata hati Aidil sendiri sambil tersenyum.

 

“kau senyum sorang-sorang kenapa?” Ali bertanya bila menyedari Aidil tersenyum melihat Rossa dengan kumtuman bunganya.

 

“kau yang bagi ya” belum Aidil membalas akhirnya Ali membalasnya lagi soalan yang mengejukkan hatinya.

 

“kau biar betul!” kata Bibah yang terkejut dengan kata-kata Ali.

 

“korang jangan nak fikirkan yang bukan-bukan. Aku fakir kau ali melepas bila Rossa ada peminitnya tersendiri” balas Aidil ketakutan kalau difitnah pasal pemberi bunga pada Rossa.

 

“bunga… aku rasa aidil yang bagi bunga nie” Ali sengaja membuat kecoh satu kelas bising bila mendengar Ali menyatakan sedemikian.

 

“biar betul!!” kena sorak dengan pelajar lelaki yang berada dalam kelas. Kelas kecoh dengan jeritan dan sorakkan pada Aidil. Ali dan Bibah tersenyum mesra dan Rossa terdiam mencari kebenaran.

 

“tak sangka aku” kata Meor yang memang terkenal dengan kenakalannya. “lembik-lembik kau, boleh suka dengan rossa” balas Meor lagi.

 

“diam semua! aku tahu dia tidak akan buat macam tu. Aku kawan dengan dia dari kecil sampai sekarang” jerit Rossa meredakan jerit pekek kawan-kawan sekelas.

 

“terima kasih kerana tolong aku” balas Aidil pada Rossa dan Rossa membalas senyum mesra.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments