Entry: Monday, May 11, 2009



B16

 

Rossa awal hari ini sudah berada dikebun bunga mencelup bunga yang masih tidak menangtangan pekerja semua membalut.

 

“senyap je” bila Mak Cik Bab melihat Rossa tekun dengan bunga yang dicelupnya.

 

“mak cik bab, rossa nak lepak setiap hari dalam minggu nie di kebun ya” Rossa bagaikan meminta kebenaran pada halnya kebun itu milik papanya.

 

“kenapa rossa?” kelembutan suara Mak Cik Bab juga melembutkan hati Rossa yang sedang membara ketika ini.

 

“nanti rossa sibuk dengan pelajaran nak periksa, ketenangan juga perlu mak cik bab” pandainya Rossa mencari helah untuk dirinya sendiri.

 

Perasaannya kini kosong tanpa mam dan papa tapi bunga rose menjadi penawar hidupnya. Dirinya mula tidak kisah dengan kata dan umputan dari semua pelajar disekolah. Yang pasti dirinya ada pengubatnya dikala kesunyian.

 

‘kata abang dirinya wujud kerana taman bunga rose ini, sudah pastinya namanya juga ada kaitan dengan ROSE dan ROSSA ada persamaan’ bibir merahnya menguntum senyum yang diperhatikan oleh Pak Mat dan Mak Cik Bab.

 

“bunga” laungan dari Ali yang baru datang ke kebun bunga rose milik keluarga Rossa. Rossa berpaling melihat Ali yang tersenyum dan menghampirinya.

 

“kenapa tak balas sms?” Ali bertanya bila melihat Rossa ligat mencelup bunga rose.

 

“tak bawa fon lah” balas Rossa bersahaja. “nak tolong?” sengaja mempelawa mana tahu Ali teringgin juga mencelup bunga rose.

 

“boleh juga” balas Ali dan Rossa ligat mengajar Ali bagaimana nak mencelup bunga rose.

 

“patut suka bunga rose ya, tak sangka seluas ini kebun bunga kat sini” Ali baru tahu yang kebun rose milik keluarga Rossa memang luas seharian berjalan untuk melawat tidak larat rasanya.

 

“bunga… kenapa bunga senyum sahaja” balas Ali sambil mencelup bunga dan kelihatan semua pekerja kebun bunga memerhati Ali. Ali hanya membalas senyuman sahaja sebagai tanda pengenalan dirinya.

 

“sebab awak panggil saya B.U.N.G.A… disebut bunga” itu sahaja yang diluah Rossa sambil tersenyum.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments