|
B15 Abang Rosly dah menanti di anjung rumah tidak pasti apa yang dinanti sedangkan selama ini tidak pernah ada yang menanti Rossa balik. Wajah Rosly agak ceria tapi dalam masa yang sama Rosly bagaikan berfikir apa yang dibawa balik oleh Rossa dari sekolah. “apa tu?” sengaja bertanya pada halnya Rosly tahu apa yang dibawa oleh Rossa. Ditangannya penuh dengan sejambak bunga rose biru yang dihias indah. “bunga le…” sambil tersenyum dan menghampiri Rosly. “itu abang tahu le..” balas Rosly kembali. Rossa berlalu dari angjung kea rah biliknya “jangan lupa turun lepas salin baju ya” bagaikan satu perintah seorang raja padak anaknya. Rossa bernyanyi sendiri berlari anak ke biliknya sambil menganggukkan kepalanya. Perintah dituruti tanpa sepatah kata. Masuk bilik sahaja bunga rose tadi diletak di meja tulis dan Rossa menyalinkan baju sekolah dan berlalu ke ruang makan seperti yang diharap oleh Rosly. “duduk” balas Rosly pada adiknya Rossa. Rossa hanya mencebikkan bibir bila diperintah oleh abangnya duduk. “tidak puas hati ke?” Rosly sengaja mengusik Rossa. “ingat banduan ke? Orang manusia biasa le…” dengan wajah bengangnya. “pertama sekali abang nak tanya siapa bagi bunga?” pertanyaan Rosly membuatkan Rossa menjeling. Rossa terdiam sebentar tanpa kata, “peminat setia” sengaja menyakitkan hati abangnya, yang pastinya Rossa juga tidak tahu. “tak ada nama ke?” balas Rosly “tak ada tulislah pulak!” pantas Rossa membalas pada Rosly yang mengharapkan jawapan yang pasti. “yang kedua, mama dan papa akan balik minggu depan. Abang harap rossa tidak buat perangai macam selalu ya” kenyataan kedua ini membuat Rossa terdiam dan matanya membulat. Bagaikan tidak percaya mama dan papanya kembali ke “Kenapa?” Rosly bertanya bila melihat Rossa membulatkan mata sebentar masa perkataan mama dan papa akan kembali. “tak ada harapan lagi” balas Rossa yang kini tunduk dan menikmati hidangan makan tengaharinya. |
| Leave a Comment: |