|
B14 Pergi ke sekolah tangan Rossa tidak seperti biasa memegang bunga rose biru. Langkahnya juga tidak seperti biasa, wajahnya penuh dengan ketegangan. "Rossa kenapa nie?" Bibah yang menyedari Rossa yang ketegangan bertanya. Mana tahu Rossa ingin mencurah perasaan yang terbuku dihati. "wajah kau nie ketat je" Aidil pula berkata sedemikian. Rossa yang panas hati terus menuju ke mejanya. Rossa duduk dan terlihat bunga rose biru diatas mejanya. Hairan pada fikirannya mana datang bunga rose ini pula. "biarkan dia sejuk sebentar" balas Ali yang duduk memerhati Rossa dari jauh. Tina dan Sarah menghampirinya "dapat bunga lagi" kata Tina sambil mencebik muka. "akukan glomer! kau mana tahu" kata Rossa dengan angkuhnya tapi hatinya begitu geram atas apa yang berlaku masa hadir ke sekolah. Tidak kerana kereta mewah tu pasti bunga rose birunya tidak jatuh dan dilenyek oleh tayar. Hatinya panas bila mengenangkan sikap pemandu itu yang tidak berhenti meminta maaf dengannya. Tapi kerana sejambak bunga rose biru atas meja hati Rossa cair bila melihatnya. Hatinya mudah terubat dengan bunga rose biru. Bibirnya menguntum senyum sendirian dan diperhatikan oleh rakan-rakannya dari jauh. "betulkan aku cakap" sindir Ali lagi dan bibirnya ketawa kerana tekaannya kini benar belaka. "kau menang satu rounds Ali" kata Aidil yang juga mula menyedari yang Ali sudah mula meminati Rossa. "ada uda dalam mee" balas Bibah sambil membuat wajah tololnya tapi hatinya sakit. Rossa tersenyum mesra dengan hadiah pemberian seseorang yang tidak diketahuinya sendiri. "siapa bagi" Rossa bersuara sambil tersenyum pada 3 orang sahabatnya. "tak tahulah… memang dah ada kat meja kau masa kita orang datang tadi" balas Aidil tapi matanya merenung wajah Ali selamba sahaja. "mungkin peminat kau" balas Ali pula dengan wajah selamba dan sahabatnya tidak mengetahui dirinya yang mengirimkan bunga rose biru itu. |
| Leave a Comment: |