Cantik bunga rose kembang mekar tapi warna biru tiada tapi Rossa tahu biruadalah yang dicelup warna tapi hatinya tetap memilih biru.
“hari nie tak celup bunga Pak Mat” Rossa bertanya bile kelihatan bunga rose merah dan putih memenuhi ruang bangsal tempat mereka memilih gred bunga.
“belum lagi Rossa” Pak Mat tersenyum sambil membalas pertanyaan Rossa.
“Rossa buat boleh Pak Mat” meminta kebenaran dari Pak Mat adalah satu kemestian kerana Rossa telah dilarang keras oleh papanya.
Pak Mat memandang bagaikan berfikir untuk membenarkan anak tuannya membuat tapi risau dimarahi kalau tuannya tahu.
“tak apa, papa tidak akan tahu Pak Mat” kata Rossa lagi. Memerhati sama ada Pak Mat memberi kebenaran padanya untuk mencelup bunga.
“baiklah, hati-hati yang Rossa” balas Pak Mat pada anak kecil yang nakal.
Rossa tersenyum mesra pada Pak Mat, Pak Mat sering mengawasi Rossa menghadapi kesulitan masa mencelup bunga. Rossa tersenyum mesra bila melihat dirinya kini dah boleh berdikari mencelup bunya.
“pandai Rossa” puji dari Pak Mat pada Rossa yang asyik mencelup bunga.
“Rossa dah lama nak belajar celup bunga supaya Rossa tidak harapkan orang lain bagi bunga” bibir Rossa berceloteh sambil tersenyum manis.
‘anak kecil nie perlukan perhatian dari papa dan mamanya…. kasihan dia’ kata hati Pak Mat yang memerhati dari jauh.
“Pak Mok berangan ya” Rossa ketawa gembira dapat mengusik Pak Mat. Pak Mat tersenyum malu tapi hatinya terusik dengan sikap Rossa yang manja.
Tangan Rossa ligat mencelup dan kini Rossa semakin mahir mencelup bunga. Bagi Rossa mencelup bukan perkara susah. Banyak bunga yang dicelup dan dibiarkan kering baru dibalut untuk proses seterusnya.
Tangan kecilnya ligat tanpa memerhati sesiapa yang menghampirinya. Bila besar nanti Rossa ingin sendiri menguruskan bunga-bunga rose di pasaran.
“pandai adik abang ya” tegur dari Rosly yang dari tadi memerhati gelagat dan kelincahan Rossa mencelup bunga. Memang ada bagat semula jadi yang terdapat dalam diri Rossa.
Rossa memandang sambil tersenyum “abang nak tolong” pertanyaan dari Rossa.
“rossa pergi mana?” Rosly memerhati Rossa berlari diatas tangga rumah mereka.
“gi taman bunga jap” sambil berlari Rossa menberitahu kemana arah tujuannya. Tanpa memperdulikan Rosly, Rossa terus ke taman bunga.
Rosly memerhati gelagat adiknya dari jauh ‘ceria sungguh rossa’ bisik hatinya sambil bibir menguntum senyum yang indah dipetang hari.
‘rossa walaupun dari sudut hati mu itu terpalit kesedihan tapi kau cukup tabah adikku sayang’ Rosly bermonolog sendirian sambil duduk di buaian hadapan rumah.
“jemput minum en. Rosly” kata Mak Tipah sedang menuangkan air. Rosly memerhati gelagat dan lagak Mak Tipah.
“terima kasih En. Rosly” balas Mak Tipah lembut. Mak Tipah duduk bersama Rosly sambil memerhati Rossa berlari ke taman bunga tidak juah dari rumah mereka.
“kesian rossa… mak tipah” kata Rosly yang menghirup air teh yang dihidang oleh Mak Tipah.
Mak tipah juga terdiam hanya mampu memerhati sahaja, mungkin Mak Tipah juga faham kedudukkan sebenar.
“en. rosly juga sama” balas Mak Tipah yang mendiam diri dari tadi akhirnya berkata-kata juga.
Rosly tersenyum mesra tapi dalam hatinya mengiyakan segala kata-kata dari Mak Tipah. Kasih sayang ibu bapa terlalu penting dalam kehidupan anak-anak. Tapi apakan daya semua ini berlaku dalam hidup mereka tiga beradik membuatkan mereka membawa haluan sendiri.
“jaga diri ya” Mak Tipah berpesan agar Rosly tidak terleka dengan dunia luar, hidupnya juga perlukan perhatian dari kedua ibu bapa.
“saya tak apa, mak tipah. Rossa yang paling kesihan” kat Rosly yang cukup memahami situasi adik bongsunya.
“saya akan jaga rossa” itu bagaikan janji yang telah ditetapkan seorang abang menjaga adik kesayangnya. Mak tipah tersenyum mesra pada Rosly yang sedang menikmati minum petangnya.
Rossa baru sahaja sampai dari sekolah dilihat kelihatan sejambak bunga rose diatas katilnya. Hairan kenapa ada bunga rose biru seperti setiap pagi Rossa terima dari Pak Mat. Diletakkan beg sekolah dah berlalu turun kebawah menuju ke dapur.
“mak Tipah” panggil Rossa sedang memehati meja makan masih tidak hidangan tengahari untuknya.
“ya cik Rossa” Mak Tipah berlari menghampiri Rossa di meja makan.
“hidang” selamba sahaja lagaknya.
Mak Tipah tidak berhenti menghidangkan hidangan tengahari untuk Rossa yang menanti. Wajahnya masam sahaja tidak pasti kenapa? Mungkin letih sebab baru balik dari sekolah.
Rossa terus makan sendiri tapi makannya juga tidak banyak semenjak beberapa bulan kebelakangan ini. Mungkin juga rindunya pada papa dan mama membuatkan dirinya terabai.
Harapkan Rosliny dan Rosly jarang balik makan tengahari dan balik lewat petang. Mak Tipah berlalu ke belakang rumah sibuk dengan kebunnya. Rossa selesai makan berlalu membasuh pinggan sambil itu memerhati Mak Tipah dari tingkap dapur.
“rajin mak Tipah” berkata sendiri dan berlalu selepas menutup lauk dengan tudung saji.
Dalam bilik di ambil sejambak bunga rose biru lalu dicium untuk menikmati haruman wangian dari bunga rose. Memnag wangi tapi sama dengan biasa Rossa terima. Dibelek terdapat kad dari penghantar.
‘Salam perkenalan dari Ali’ yang tertera diatas kad tersebut. Baru Rossa tahu siapa penghantar bunga tersebut.
‘kenapa ya dia hantar?’ berkata-kata dalam hari sendirian. Lalu diletakkan dalam bekas dan Rossa merebahkan diri terbaring sendirian dan akhirnya terlena.
Pintu bilik terbuka luas, hari ini Rosly balik awal seperti biasa melihat adiknya sedang lena dengan teddy bear yang dibelinya. Bibir Rosly tersenyum melihat adik kesayangnya cukup manja dan comel ketika lena.
Ditutup pintu lalu berlaku ke arah biliknya. Diri Rosly juga kesunyian tanpa papa dan mama disisi. Ketika ini Rosly juga memerlukan sokongan keluarga untuk berdiri teguh selepas pemergian Liya kekasih satinya.
“hai bunga” rossa disapa oleh seseorang. Rossa tidak mempedulikan panggilan yang tidak rasa untuk dirinya.
“sombong bunga hari ini” masih bercakap dengan Rossa, pandangan Rossa seperti hairan kenapa pelajar baru ini menyapanya.
“awak cakap dengan saya” Rossa bertanya kepada pelajar baru, senyum man dibibir pelajar itu sahaja yang dilihat kini.
“ya awak” pelajar baru itu mengaku. “saya R O S S A bila disebut Rossa” kata Rossa pada pelajar baru itu dan wajah selambanya.
“cantik nama tu, tapi saya nak panggil awak bunga” selaba sahaja lagak pelajar baru ini.
“nama awak siapa?” dalam keadaan marah, rasa geram mahu sahaja ditumbuk wajah pelajar baru ini.
“ali” tenang dan lembut semasa memberitahu namanya. Rossa tenung wajah Ali dan dia cuba menafsirkan apa yang sedang Ali fikirkan.
“ali, nasib baik tidak ali baba” kata Rossa memandang dari atas hingga ke hujung kaki Ali. Sambil tu mulutnya bersiul kecil.
Rossa bangun berjalan sambil memandang Ali bagaikan lawak gengter. Beberapa kali pusing akhirnya Rossa berhenti dan berdiri berhadapan Ali.
“awak nak join saya ke? Tapi rasanya tidak sesuailah…” kata Rossa sambil mencebik bibirnya pada Ali.
“bunga suka memandang rendah pada saya” kata Ali bila dirinya dibelek oleh Rossa dari setiap sudut dan membuatkan dirinya tidak selesa.
“tidaklah, ok juga tapi saya bertiga” selamba sahaja Rossa kembali duduk ditempat yang diduduki tadi.
“mana yang lain” ali bertanya bila dilihat tiada dua lagi yang dimaksudkan oleh Rossa.
“itu” sepatah sambil menunjuk yang Bibah dan Aidil datang menghampiri mereka.
“hai” tegur Aidil lembut pada Ali, memang Aidil ketegeri lembut. Bibah pula tersipu malu bila menyedari Ali ada bersama Rossa.
“tolong jangan nak buat hal” tegas Rossa berkata pada kawan-kawannya. Ada dua kawan yang gatal dengan Ali membuatkan diri Rossa bosan dengan gelagat mereka.
Hanya anda sahaja yang pasti siapa saya betul atau tidak. Mimie salah satu daripada nama menarik dan popular. Berkebolehan dalam berkomunikasi dengan baik, cekap dan cepat dalam melaksanakan sesuatu kerja. Suka membantu dan tidak mengharapkan balasan atas setiap pertolongan yang dihulurkan.